Jika setiap muslim menutup auratnya dengan sempurna. Masalah pemahaman muslimah dalam bab menutup aurat dilihat sangat kritikal dan memerlukan bimbingan yang sempurna. Kebanyakan wanita menganggap sudah sempurna aurat seseorang jika dia menutup semua bahagian-bahagian aurat dengan sesuatu lapisan. Sebagai contoh, menutup aurat tapi pakaiannya ketat, menutup aurat tapi pakaiannya jarang, menutup aurat tapi tudungnya singkat yang tidak menutupi bahagian payu daranya dan lain-lain lagi. Berikut adalah tip menutup aurat yang dipetik daripada majalah SOLUSI isu 26.
Menurut aurat adalah perintah daripada Allah S.W.T. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar. Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi:
§ TAHU-Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum–hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
§ SEDAR-Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
§ SYIAR-Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Islam dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
§ FUNGSI CERMIN-Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”. Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.
§ ASINGKAN-Bahagikan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
§ MALU-Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
§ SOLEHAH-Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.
§ EKSKLUSIF-Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan mungkin wanita menjadi senjata iblis untuk melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
§ BANYAK MANFAAT-Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut dan tidak perlu berhabis duit untuk pelbagai aksesori.
Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (An-Nur,24:31).
Nah! Betapa teliti, sempurna, lengkap dan indahnya syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Sesungguhnya setiap perintah Allah yang tersurat dalam Al-Quran tersirat dan terselitnya berjutaan hikmah serta kebaikan.
Wallahua’lam.
Satu video yang mesti dilihat dan diambil pengajaran...
Nice entry... Good job... Memang banyak masalah tentang aurat ni... Ramai yang x faham kot.. Semoga Allah memberi kefahaman kpd golongan2 tersebut dan semoga Allah terus melindungi dan menunjukkan jalan yang lurus kepada golongan-golongan yang telah paham tentang hal2 ni... Semoga usaha di jalan dakwah ini akan berterusan
ReplyDeleteamin....tq ats komen anda...ce....hik3...
ReplyDelete